Product Description
Tilam Coway Prime Series adalah produk terbaru Coway Malaysia khas untuk rakyat Malaysia. Kualitinya setanding Slumberland, KingKoil dan Getha. Anda akan rasa seperti tidur di tilam hotel mewah 5 bintang tau!
Betul ke kualiti macam tilam hotel mewah 5 bintang? Anda wajib tahu kelebihan Tilam Coway ini.
Pernah tak rasa bila bangun tidur badan rasa penat, sakit tengkuk, sakit kepala dan terasa lesu nak bangun.
Ini semua bersangkut paut dengan pemilihan tilam yang tidak berkualiti dan banyak hama & bakteria kotoran yang anda tidak sedar tengah bersarang di tilam anda. Sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti tidur anda setiap hari.
Tilam Coway Prime Series ni memang lain daripada yang lain. Tak sama macam tilam di pasaran.
CIRI-CIRI Tilam Coway Prime Series
• Fabrik Anti-Statik yang mampu menyerap cas elektro-statik dalam badan lalu membebaskannya ke udara bagi memberikan tidur yang lebih lena dan mengurangkan tekanan.
• Coconut Fibre membuatkan anda terasa lebih sejuk biarpun tidur dalam keadaan cuaca yang panas.
• Memory Foam menjadikan tilam Coway lebih empuk dan membentuk mengikut bentuk badan bagi mengelakkan tekanan pada ‘pressure-point’.
• 100% Latex berfungsi untuk menyokong tulang belakang supaya tiada lagi sengal badan akibat tilam keras. Malah, bahan ini juga bebas masalah hama, virus dan bakteria penyebab alahan.
• 5 zon Pocket Spring yang fleksibel dan berkualiti iaitu pada zon kepala, bahu, lumbar, lutut dan kaki bagi membolehkan ia menampung berat badan seseorang dan membentuk mengikut kontur badan supaya memberi keselesaan sewaktu tidur.
• Penukaran Topper – ditukar setiap 3 tahun sekali untuk mengelakkan sebarang pembiakan hama.
PERCUMA SERVIS SETIAP 4 BULAN
Tawaran hebat yang tidak ada di mana-mana pada pembekal tilam. Tak kisah sama ada beli secara tunai atau sewa beli, anda tetap mendapat Servis Penjagaan Tilam Coway setiap 4 bulan secara percuma!
Lepasni tak perlu penat nak jemur lagi tilam di luar. Tak perlu risau lagi soal debu, bakteria dan virus! Servis yang ditawarkan oleh Coway ini merangkumi 7 langkah penjagaan iaitu:
• Langkah 1: Pengukuran Tahap Kontaminasi
• Langkah 2: Pembersihan Rangka Katil
• Langkah 3: Pengelapan Rangka Katil
• Langkah 4: Pembersihan Bahagian Sisi
• Langkah 5: Pembersihan Tilam
• Langkah 6: Penghalau Hama Habuk
• Langkah 7: Pensterilan UV
Semuanya menggunakan peralatan canggih semasa servis untuk membasmi kotoran, kuman, hama dan bakteria.
Anda hanya perlu ‘enjoy’ tidur sahaja di atas tilam coway ini. Selepas ini tidur anda lebih nyenyak dan berkualiti. Tidak lagi berasa lesu, sakit belakang & sengal badan di pagi hari. Semuanya dengan harga mampu milik termasuk servis cuci setiap 4 bulan. Berbaloi bukan?
PERCUMA! PERCUMA 3X FREEGIFT BERNILAI LEBIH RM1000!
Dengan tempahan setiap tilam coway ini sekarang, korang akan dapat PERCUMA
• 2x Memory Foam Pillow (bernilai RM776)
• 1x Mattress Protector (bernilai RM138)
• 1x Trifold Fiber Mattress/1x Comfortable Prayer Mat
Ruginya bagi yang tak rebut peluang ni sementara coway buat promosi ni..pasni belum tentu ada lagi taw..
Caj pendaftaran hanya RM200 sahaja tapi korang dapat FREEGIFT bernilai lebih RMık (2 Bantal + 1 Pelindung Tilam + 1 Tilam Boleh Lipat)!
Asyraaf –
Tilam yang sangat lembut & selesa untuk saya & anak-anak. Walau anak-anak lompat, saya tak terasa bila baring di sebelah. Sangat-sangat recommended dengan penerangan tentang tilam dari agen Anis